Resepi Nasi Goreng Mudah tapi Sedap

Bismillah 😁

Hai,bidadari-bidadari canteks πŸ’“πŸ’“

Perasan sangat kan tajuk tu?whahahaπŸ˜›πŸ˜›
Harini Kak Ibah nak share resepi Nasi Goreng Cina bersos tiram khas untuk kita-kita yang baru nak belajar masak. Newbies gitu orang kata.hee πŸ˜‰

Nasi goreng ni dah nak masuk 2 minggu berturut-turut Kak Ibah masak,dan bawak bekal untuk Kak Ibah dan suami ke UKM ni. Suami Kak Ibah la yang request masak nasi goreng hari-hari, tak puas katanyaπŸ˜‚πŸ˜‚

Ok, let's check it outπŸ’‹πŸ’‹

Nasi Goreng Cina bersos Tiram

Bahan-bahan :

5-6 biji bawang merah kecik *
6-8 biji bawang putih ( kak ibah suka masukkan bawang putih banyak-banyak) *
6 biji cili padi *
2 sb lada hitam *
2sb udang kering *
ikan bilis (digoreng)
 Sedikit minyak untuk menumis
3 sb sos tiram
garam secukup rasa 

Nasi secukupnya 

Cara-cara :

1) tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi guna lesung. Blend pun boleh, tapi tumbuk guna lesung lagi best. Takde air nanti nak menumis 😁

kak Ibah takde lesung, ada ulu lesung ja. Tumbuk slo slo atas papan potong daging pun bolee,ekeke.
Surirumah kena kreatif, tak gitu?πŸ˜…πŸ˜…

2) tumbuk pulak udang kering dengan lada hitam. 
Udang kering tu Kak Ibah tengok ada dalam peti ais kat dapur, tak taw nak guna buat apa, jadi main masukkan ja dalam nasi goreng. tengok2 suami tegur, sedap jgak nasi goreng ni bila masukkan udang kering. Jadi,hari-hari Kak Ibah masukkan udang kering ni.HahahaπŸ˜›

Actually, bole ja tumbuk sekali udang kering, lada hitam dengan bawang2 dan cili padi tu, tapi sebab takde lesung,Kak Ibah kena guna cara lain.
Taraa! gini caranya.EkekeπŸ˜‚πŸ˜‚

masuk udang kering + lada hitam dalam plastik kecik.then tumbuk! tumbuk sampai depa hancur 😁

3) masukkan minyak dalam kuali, tunggu sampai panas. Masukkan segala mak nenek yang dah ditumbuk tadi. Goreng sampai garing 😁 Time ni kena tahan sikit, mesti chuolls bersin achumm achumm gitu

4) bila bahan-bahan yang ditumis tu dah garing, masukkan sos tiram, garam, telur pun boleh dimasukkan (jika mahu). Kacau rata dan rasa masin ke,tawar ke. Bila semua dah okehh, masukkan nasi ke dalam kuali. Gaul slo slo kasi nasi tu sebati dengan perencah nasi goreng yang kita buat tu.

then, Taraa!
siap 😍😍😍

ni la nasi goreng Kak Ibah. Masak kat rumah sikit, bawak bekal ke UKM 1 tupperware.Hehe. Nyumm nyumm yummmy πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Ohh,tertinggal pulak. Dah siap gaul nasi tu, boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Tunggu nasi sejuk sikit, baru masukkan ikan bilis. Baru la ikan bilis tu rangup krup krup gituπŸ˜‹πŸ˜‹

Ni Kak Ibah nak bagi Tip #Rangup kan ikan bilis goreng :
Tips ni Umi (Mak mertua ) Kak Ibah yang ajar kat Kak Ibah haritu.
 Senang ja rupanya. Bila goreng ikan bilis tu, sebelum nak angkat ikan bilis dari kuali, masukkan sikit ja #CUKA kat dalam kuali.
Then, boleh angkat dan toskan ikan bilis tu. Memang rangup ja ikan bilis tu even dah lama duk bawah saji 


Senangkan? selamat mencuba chuollsπŸ˜ŠπŸ˜‰

No comments:

Post a Comment

Read more: http://www.azhafizah.com/2012/03/tutorial-buat-menu-tab-comel-di-tepi.html#ixzz4UCHc1YPw