Owner



Hai, chuolls. Salam perkenalan 😁

Pemilik belog " Si Lesung Pipit Sebelah" ni adalah Adibah Bakri. Ada lesung pipit agak dalam di pipi sebelah kanan ja.Kengkawan panggil Diba, Dib, tapi sekarang suka dipanggil " KAK IBAH", macam comey ja.Hahaha. Panggilan Kak Ibah ni diberi oleh adik-adik ipar yang gojes-gojes😍😍

Owner belog ni dilahirkan pada 9/12/1990.Asal dari Kota Bharu, Kelantan.Kak Ibah anak sulong dari 7 adik beradik. Ada 3 adik laki,3 adik perempuan. Agak berdedikasi jgak la Kak Ibah dalam didik adik-adik.Koh koh ( Angkat bakul sendiri 😜😜 ) Alhamdulillah,dijodohkan dengan lelaki pilihan Ilahi, Abdullah Sabry pada 10hb September 2016



Mendapat pendidikan awal di Tadika Pakda Hassan, then sambung kat Sekolah Kebangsaan Gunong, tempat abah bekerja. Time nak masuk darjah 6, Kak Ibah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Banggu, sekolah dekat kampung Kak Ibah. Nak usaha lebih untuk UPSR kekononnyaπŸ˜…πŸ˜…. Asbab dapat 4A 1B time UPSR,alhamdulillah dapatla Kak Ibah sambung belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok,Kelantan. Habis ja exam SPM, Kak Ibah dipanggil untuk join PLKN kat Kem Etnobotani,Gua Musang tu ja.hee 😊😊

Lepas dapat result SPM, Kak Ibah sambung pulak study peringkat matrikulasi,di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. ( Kat sini jugak suami Kak Ibah study, tapi kitorang masing-masing tak kenal lagi time ni,hee ). Bulan 9 tahun 2009, Kak Ibah dapat tawaran Ijazah Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,hingga tahun 2013. Alhamdulillah, berjaya konvo ikut masa,walaupun result tak gempak manaπŸ˜‚πŸ˜‚

Abis ja ijazah, Kak Ibah kekononnya bersemangat nak sambung study peringkat Master, apply la " Master in Forensic Account" kat Uitm Shah Alam jugak. Habis ja 1 sem, terus tarik diri.huu. Belajar bab forensic ni memang best, alam "Master" jugak best, tapi sebab Kak Ibah tak nampak ( time tu takda impian lagi ) hala tuju Kak Ibah, then better stop. Ada jalan lain plak yang Allah aturkan,kan? πŸ˜‰πŸ˜‰

Dah drop Master tu, Kak Ibah tak apply mana2 kerja, sebab Kak Ibah rasa diri jiwa Kak Ibah bukan kat kerja pejabat ni. Ada kawan Kak Ibah offer kerja pembantu tukang masak kat sebuah tahfiz, terus Kak Ibah setuju. Bukan sebab Kak Ibah masak sedap,tapi sebab masak pun tak gheti, jadi Kak Ibah fikir, "ni the best time untuk Kak Ibah belajar bab2 masak ni". Nanti dah kawen, takleh la ternganga ja kat dapu mak mertua. Gitu la Kak Ibah fikir time tu.kihkihkihπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kerja 6 bulan, then Kak Ibah decided nak stop kerja. Time tu Bonda Kak Ibah sangat2 tak sihat, jadi quit job is the right decision at that time. Sayang nak berhenti sebenarnya,tapi yakin ada rezeki lain Allah bagi nanti. Sepanjang duk kampung,macam-macam bisnes online yang Kak Ibah cuba jual.Alhamdulillah,semuanya bagi Kak Ibah ilmu dan pengalaman, dalam perjalanan menjadi JUTAWAN MUSLIM, insyaAllah 😊😊

Dan, sekarang Kak Ibah ialah #SuriHatiMrSuami dan full-time agen DiMar, jual Gula-Gula Kurus Mince dan Gel Kurus Wangi CoolRoss. Alhamdulillah πŸ’•πŸ’“



No comments:

Post a Comment

Read more: http://www.azhafizah.com/2012/03/tutorial-buat-menu-tab-comel-di-tepi.html#ixzz4UCHc1YPw